14 JANUARI 2026 (Rabu)-Telah berlangsungnya Bengkel Pemantapan PdP OBE MPU U4 Kursus Kokurikulum Siri 1/2026 bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.
Bengkel ini telah disampaikan oleh PgR(Bersekutu) Ts. Muzimah Aida binti Md Mustafa selaku penceramah. Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ts. Haji Sazami bin Shafi’i, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Politeknik Kota Bharu.
Bengkel ini mensasarkan pensyarah dan pelajar Kursus Kokurikulum Semester 1 dan 2, Sesi II 2025/2026. Seramai 63 orang pensyarah dan 1,245 orang pelajar telah hadir, menjadikan keseluruhan 1,308 peserta memenuhi dewan bagi mengikuti bengkel ini.
Bengkel ini berjaya memberi pemahaman yang jelas berkaitan perkaitan OBE dengan kurikulum Kursus Kokurikulum, sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap pelaksanaan PdP yang berfokuskan hasil pembelajaran serta selari dengan keperluan pendidikan tinggi masa kini.