20 Januari 2026, SRA GLOBAL RESOURCES - Program lawatan akademik ke SRA GLOBAL RESOURCES iaitu pengusaha Muruku Hannars di Jalan Salor Kota Bharu Kelantan pada 20 Januari 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan melibatkan 50 orang pelajar yang terdiri daripada 4 program iaitu pelajar Diploma Pemasaran , Diploma Pengajian Perniagaan, Dipoma Insurans dan Diploma Akauntansi . Lawatan ini di ketuai oleh Ketua Program Diploma Pemasaran iaitu Puan Nik Zuraini binti Nik Mahmood bersama lima pensyarah pengiring. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai inovasi produk muruku , pengurusan peruncitan, serta kaedah penjualan di pasaran, Melalui lawatan, pelajar dapat berinteraksi secara langsung dengan industri, pelajar juga memperoleh pengalaman praktikal yang meningkatkan pemahaman terhadap teori dan amalan pemasaran sebenar yang memperkukuh hubungan akademik dan industri.