21 Januari 2026 - Perbincangan Projek Tanaman Sorghum bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Mahang West Kok Lanas telah diadakan sebagai langkah awal memperkukuh kerjasama strategik antara komuniti dan institusi pendidikan.
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Kota Bharu yang diketuai oleh Tn. Hj. Zamzuri bin Arifin berbesar hati menerima pelawaan daripada pihak KRT Mahang West Kok Lanas yang diketuai oleh En. Kassim bin Hj. Isop bagi tujuan kerjasama kepakaran dalam bidang kejuruteraan pertanian, khususnya berkaitan pembangunan dan pengurusan tanaman sorghum.
Perbincangan ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldun, Politeknik Kota Bharu dan diharap dapat memberi manfaat bersama, menyokong kelestarian pertanian komuniti serta memperkukuh pemindahan ilmu dan teknologi ke peringkat akar umbi.