21 Januari 2026-Bengkel Kecergasan Petanque Siri 1/2026 anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan Politeknik Kota Bharu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada Staf PKB. Bengkel ini merupakan Siri KUDAP ke 4 tahun 2026 anjuran JSKK.
Turut hadir adalah Tuan Pengarah Sokongan Akademik PKB, PgR(Bersekutu) Abdullah@ Mat Yusof bin Yaacob bersama 50 peserta di kalangan Staf PKB. Penceramah Bengkel dikendalikan oleh En. Mohd Hasnizul bin Hasbullah dan urusetia, PgR (Bersekutu)Ts. Muzimah Aida Binti Md Mustafa.
Bengkel ini berjaya menyemarakkan lagi semangat kesukanan di kalangan peserta dan akan diteruskan dengan aktiviti kesukanan yang lain pada masa akan datang.