27 Januari 2026 - Telah berlangsung kunjungan hormat oleh En. Vicnesh A/L Muthukrishna dari Karisma Mutiara ke Politeknik Kota Bharu (PKB) bertempat di Bilik Ibnu Khaldun. PKB diwakili oleh Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB dan En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik dalam penyediaan bahan pengenalan dan promosi Malaysia Robotic and AI Competition (MRAC), sebuah inisiatif pendidikan yang memfokuskan pembangunan minat serta kemahiran pelajar dalam bidang robotik dan kecerdasan buatan (AI). Selain itu, pihak Karisma Mutiara turut merancang untuk mengadakan Bengkel ROBOMADANI kepada pelajar PKB sebagai usaha memperkasa pendedahan dan penguasaan teknologi robotik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir ialah YM Tengku Azmie bin Raja Hassan, Ketua Unit CISEC. Diharapkan kerjasama ini dapat memberi manfaat berterusan serta menyokong pembangunan bakat TVET berteraskan teknologi masa hadapan.