28 Januari 2026 – Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) Politeknik Kota Bharu telah berjaya menganjurkan Bengkel Kecergasan Sukan Bola Jaring Siri 1/2026 yang mendapat sambutan amat memberangsangkan daripada staf PKB. Bengkel ini merupakan penganjuran Siri KUDAP ke-6 bagi tahun 2026, dan siri kedua Sukan ini akan diperluaskan penyertaan nanti.
Bengkel ini menerima sokongan padu khususnya daripada staf wanita PKB dengan penyertaan seramai 40 orang peserta. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Che Afzanizam bin Abdul Rosol selaku Penceramah dan fasilitator, PgR (Bersekutu) Ts. Muzimah Aida binti Md. Mustafa.
Inisiatif JSKK dalam penganjuran bengkel ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan gaya hidup aktif dalam kalangan staf wanita PKB khususnya, di samping menyokong kesejahteraan fizikal dan mental warga politeknik.