Tarikh Keputusan Rasmi Peperiksaan Akhir Semester Sesi 1 : 2024/2025 dan Keputusan Rasmi Penilaian Latihan Industri Sesi 1 : 2024/2025 adalah  pada 2 Januari 2025 (Khamis) .  

Pelajar boleh menyemak dan mencetak Slip Keputusaan Peperiksaan/Penilaian masing-masing di laman web SPMP mulai tarikh tersebut .

Pelajar Semester Akhir yang Tamat Latihan Industri boleh mencetak Surat Perakuan Tamat Pengajian & Transkrip Keputusaan Peperiksaan Sementara dalam format cetakan komputer untuk urusan permohonan yang berkenaan. 

Sebarang Rayuan ke atas keputusan penilaian hendaklah dibuat secara bertulis kepada "Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Kota Bharu" (U/p : Unit Peperiksaan) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi, rayuan hendaklah dikemukakan beserta alasan-alasan munasabah dan bukti-bukti berkaitan mengikut peraturan am peperiksaan dan kaedah penilaian. Pelajar juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap rayuan yang dikemukakan dalam bentuk kiriman wang pos atas nama "PENGARAH POLITEKNIK KOTA BHARU". 

Rayuan juga boleh dihantar secara secara atas talian ke email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pastikan dokumen yang dihantar lengkap termasuk bukti pembayaran. Walaubagaimanapun pelajar tetap perlu menghantar segala dokumen dan wang pos tersebut ke alamat : 'Unit Peperiksaan, Politeknik Kota Bharu, Km 24 Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan".

Penghantaran melalui email hanyalah untuk mempercepatkan urusan kerana dikhuatiri kelewatan Perkhidmatan POS.

Tarikh akhir permohonan Rayuan Keputusan Peperiksaan adalah pada 15 Januari 2025. 

Keputusan Rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar pada 27 Januari 2024. 

Keputusan rayuan adalah muktamad.

 

Tarikh Kemaskini : 5 Disember 2024

Dihantar oleh :  UPEP