Makluman kepada semua pelajar Politeknik Kota Bharu, pilihanraya kampus bagi Tahun 2025 PKB akan diadakan pada 05 Februari 2025. Ini adalah peluang bagi semua pelajar untuk memilih pemimpin pelajar yang akan mewakili suara pelajar dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kebajikan serta kesejahteraan komuniti kampus.
Digalakkan semua pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses demokrasi ini, sama ada sebagai calon, pengundi, atau sukarelawan. Pilihan raya kampus ini adalah peluang untuk melibatkan diri dalam membentuk masa depan kampus PKB dan memastikan suara pelajar didengari serta dihargai.