Program Cakna Ilmu JKE Sesi Disember 2017
- Butiran
- Jumlah paparan: 1081
Program Cakna Ilmu Sesi Disember 2017 JKE telah dilaksanakan pada 28 November 2017, tujuan program ini dilaksanakan untuk memberikan maklumat dan gambaran yang jelas kepada semua pelajar JKE berkenaan senario yang berlaku di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Dalam program tersebut pelajar diberi taklimat oleh setiap Ketua program iaitu DEP, DEE dan DET berkenaan struktur orginasasi , KPI jabatan, aktiviti yang bakal dilaksanakan pada sesi Disember 2017 serta pola pencapaian akademik dan bukan akademik pada sesi Jun 2017. Pelajar juga didedahkan dengan aspek-aspek keselamatan semasa berada di Politeknik oleh Pegawai Keselamatan Politeknik dan selain itu juga pelajar dimaklumkan berkenaan ETAC iaitu Akredatasi oleh badan profesional yang bakal dilakasanakan di Politeknik Kota Bharu. Program DEP akan diaudit oleh badan Profesional iaitu BEM bagi mendapatkan pengiktirafan ETAC iaitu Engineering Technology Acrediation Commitee.