Bengkel U-Pustaka adalah satu program bagi memberi pendedahan dan mempromosikan kepada peserta tentang maklumat digital yang disediakan oleh Perpustakaan negara Malaysia (PNM). Bengkel U-Pustaka ini telah diadakan pada 22 Januari dan 13 Mac 2018 bertempat di makmal GCL 7, Politeknik Kota Bharu. Program ini merupakan anjuran Unit Perpustakaan dengan kerjasama Kelab Rakan Pustaka (KRP). Program ini telah dapat mencapai objektif dalam memanfaat dan menggalakkan penggunaan perkhidmatan sumber maklumat digital tanpa sempadan dalam kalangan peserta.

Perkhidmatan pangkalan data U-Pustaka merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium U-Pustaka. Portal U-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli U-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Di antara pangkalan data yang disediakan di bawah perkhidmatan U-Pustaka adalah:-

  1. Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS)
  2. E-Law
  3. EBSCO Premier Public Library Package
  4. Emerald Backfiles Archives
  5. LawNet
  6. Overdrive
  7. PNM e-Lib (e-Sentral)
  8. Proquest eBook Central (ebrary)
  9. Zinio
  10. iG Library
  11. Mason Crest
  12. Program Score-A
  13. Islamic Finance News (IFN)
  14. World e-Book Library (WEL)
  15. Infobase Learning : World Almanac Bundle
  16. Ookbee Buffet: Baca Tanpa had

Matlamat untuk mempromosikan perkhidmatan U-Pustaka melalui bengkel yang diadakan tersebut telah dapat meningkatkan pengetahuan dan memperkayakan sumber maklumat serta menggalakkan penyertaan peserta bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat. Konsortium u-Pustaka ini menyediakan perkhidmatan pendaftaran keahlian kepada seluruh rakyat Malaysia dengan capaian ke atas perkhidmatan dan sumber keilmuan yang terdapat di Perpustakaan Konsortium. Untuk menikmati sumber maklumat digital ini bolehlah melayari di alamat sesawang berikut http://www.u-library.gov.my .