26 Januari 2023, Dataran Gemilang PKB -Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) Politeknik Kota Bharu (PKB) telah melabuhkan tirai penganjuran Sesi Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) di bawah anjuran Jabatan ini bagi Bulan Januari Tahun 2023 dengan selesainya KUDAP JSKK ke 6-Bengkel Kecergasan Sukan Bola Tampar Siri 1/2023 bertempat di Gelanggang Tertutup Bola Tampar, Dataran Gemilang PKB.
 
Bengkel ini melibatkan 30 orang staf PKB dengan dikendalikan oleh Urusetia daripada Ketua Kursus Kokurikulum dan Pegawai Belia dan Sukan PKB serta Penceramah/Jurulatih yang tidak asing lagi iaitu Encik Mohd. Zulkafli Bin Mohamed yang amat berpengalaman luas dalam arena sukan ini apatah lagi memiliki Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Antarabangsa (Federation International Volley Ball-FIVB).
 
Bengkel ini melibatkan sesi teori dan juga praktikal serta diakhiri dengan mini kejohanan antara peserta bagi menguji pemahaman dan tahap kemahiran mereka. Perasmian Pembukaan Bengkel telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (KJSKK) PKB iaitu Encik Wan Muhammad Marzudi Bin Wan Muhammad dan Majlis Penutup Bengkel pula oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (KJKM) PKB iaitu Tuan Hj. Zuhairy bin Zahari dan turut dihadiri oleh Ketua Kursus Kokurikulum PKB PgR (Bersekutu) Puan Muzimah Aida Binti Md Mustafa.
Tahniah dan syabas kepada barisan penceramah, urusetia dan peserta yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan bersama-sama menjadikan amalan bersukan sebagai satu cara hidup yang sihat.