18 Januari, 2023- Telah berlangsungnya Bengkel Penyediaan Dokumen SAR bertempat di Bilik Seminar ULPL, Politeknik Kota Bharu. Taklimat bagi bengkel ini telah disampaikan oleh penyelaras ETAC, JKE dan juga olah Ketua program DEP. Seramai 62 orang pensyarah telah menghadiri bengkel ini mengikut criterion masing-masing.
 
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada peserta untuk berbincang bersama ahli kumpulan criterion yang telah ditetapkan. Para peserta juga telah didedahkan dengan keperluan manual ETAC yang perlu dipenuhi sebagai persediaan audit ETAC yang dijangka pada September 2023.
Antara objektif bengkel ini adalah bertujuan membantu pensyarah dalam proses penyediaan dokumen Self-Assessment Report (SAR) mengikut kriteria keperluan badan akreditasi Engineering Technical Accreditation Council (ETAC). Selain itu ia juga diharapkan dapat membantu pensyarah yang terlibat memahami keperluan manual ETAC berdasarkan criterion dan seterusnya memberi ruang perbincangan dalam kumpulan mengikut criterion yang ditetapkan.