LAWATAN AKADEMIK KE RHOM WAKO ELECTRONICS (MALAYSIA) SDN.BHD, KOTA BHARU OLEH JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK , JKE CARE JKE SHARE 2023
- Butiran
- Jumlah paparan: 1263
22 Mei 2023 : Tujuan ini adalah bagi mengadakan satu kolaborasi antara pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE), Program Diploma Kejuruteraan Elektronik ( Komunikasi) (DEP) dan Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET), Politeknik Kota Bharu bersama pihak industri pada 22 Mei 2023. Program ini dapat mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini yang digunakan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, seterusnya menarik minat pelajar mendalami ilmu terutama berkaitan dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Selain itu dapat memberi kefahaman, membuka minda para pelajar bagi mendapatkan idea terbaru dan lebih kreatif.