27 Julai 2023 : YBrs. Tuan Haji Kamaludin Bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, JPPKK telah membuat tinjauan ke Politeknik Kota Bharu ekoran daripada kejadian beberapa fasiliti rosak kerana hujan lebat beserta angin kencang dan petir di Kawasan sekitar PKB yang berlaku pada 26hb Julai 2023.
 
Tinjauan dibuat ke semua lokasi yang teruk terkesan akibat ribut tersebut antaranya Masjid PKB, Kawasan Kolej kediaman dan bangunan – bangunan bengkel. Turut hadir bersama YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. Encik Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta Encik Nik Ahmad Nazuli Bin Nik Yahya, Ketua Unit Pembangunan Dan Senggaraan.