29 November 2023, Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu. Telah berlangsung RiCE 2023 iaitu satu pertandingan bagi mengasah bakat serta kemahiran kreatif pelajar Semester 5 Jabatan Perdagangan dalam penghasilan inovasi produk dan penulisan ilmiah.
 
Antara objektif utama RiCE 2023 adalah untuk meningkatkan penghasilan inovasi produk oleh pelajar dan mewujudkan budaya penyelidikan melalui kajian penyelidikan, memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada pelajar dalam meningkatkan daya kreativiti dan inovasi melalui penghasilan sesuatu yang baharu dan dapat memberikan sumbangan kepada pengguna serta merupakan platform untuk jabatan memilih wakil ke Pameran dan Pertandingan Inovasi Pelajar PKB (INNOTEX) peringkat politeknik yang akan berlangsung pada 6 Disember 2023.
Program ini telah melibatkan seramai 174 orang pelajar Semester 5 daripada program Diploma Pemasaran, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Insurans beserta penyelia kumpulan masing-masing dan ahli jawatankuasa program. Program ini berlangsung di Student Centre bagi pertandingan inovasi dan Bilik Seminar Perpustakaan, PKB serta Bilik Seminar ULPL, PKB bagi pembentangan kertas penyelidikan.
Majlis Perasmian Penutup RiCE 2023 serta majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Unit Centre for Research and Innovation (CRI) PKB, Dr. Tengku Ahmad Badrul Shah bin Raja Hussin di Dewan Al-Ghazali, PKB. Turut menghadiri majlis ini adalah Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Juli Suzlin binti Jalaludin, panel juri program, pensyarah Jabatan Perdagangan dan peserta RiCE 2023.
Pemenang kategori Inovasi Produk Terbaik adalah kumpulan Soul Shine dengan produk handwash sintok root manakala kategori Kertas Penyelidikan Terbaik bertajuk Faktor – faktor Pemilihan Program Diploma Insurans, Politeknik Kota Bharu: Kajian di Sekolah Sekitar Kota Bharu, Kelantan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta RiCE 2023.