04 Mei 2024, Pangkal Meleret, Machang Kelantan : Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) dan Polycc Zon Kelantan & Terengganu telah berjaya menganjurkan Program Community Engagement : Polycc Bonding 2024 pada 04 Mei 2024 bertempat di Perkarangan Masjid Mukim Pangkal Meleret, Machang Kelantan.
Pengarah Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz berkata, " Program ini merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) didalam Memacu Kesejahteraan Komuniti melalui program bersifat turun padang bagi memberikan idea, perkongsian kemahiran dan teknologi terkini kepada masyarakat". Objektif program ini adalah mengukuh kesedaran Komuniti terhadap sistem Pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Politeknik dn Kolej Komuniti, Memupuk kesedaran dan menanam minat pelajar sekolah dalam bidang stem dan memacu Kesejahteraan Komuniti melalui perkongsian kemahiran dan teknologi terkini dalam meningkatkan ekonomi masyarakat.
 
Sementara itu Ketua Jajahan Machang, YBRs Tuan Zamri bin Ibrahim dalam ucapan perasmiannya berkata " Program ini sangat relevan dengan keadaan masa kini yang mana rakyat sedang mencari solusi untuk meningkatkan ekonomi keluarga, dan solusi tersebut adalah melalui pendidikan apatah lagi melalui TVET". Terima kasih juga kepada penganjur yang telah memilih Jajahan Machang sebagai destinasi pertama program ini yang secara tidak langsung membuka peluang kepada penduduk setempat untuk mendapatkan input-input terkini berkaitan tawaran kemasukan pelajar ke Politeknik dan juga Kolej Komuniti". Ujarnya.
 
Program ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Kursus Energy Saving For Community, Kursus Angro Teknologi(Cendawan), Kursus Canting Batik, Kursus Men Haircut, Kursus solekan siang, Kursus Tiktok Marketing & Cupcut, Kursus Say It Right! English Slot with POLYCC, Kurus Pizza Jangok Viral, Kursus Manik 3D, Kursus lukisan karektor kartun & figura, Pameran outreach dan pertandingan catur Bestari.
 
Program ini juga mendapat kerjasama penuh daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, Polycc zon Kelantan & Terengganu, Jawatankuasa Masjid Mukim Pangkal Meleret, Pejabat Pendidikan Daerah Machang, Pejabat Daerah Machang, Pejabat Penerangan Daerah Machang, Majlis Daerah Machang, Pejabat Agama Islam Daerah Machang, YAPEIM, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Persatuan Alumni PKB dan PM Care.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis ini ialah Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah (Akademik) mewakili Pengarah Politeknik Kota Bharu, Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Pengarah- Pengarah Polycc zon Kelantan & Terengganu ,Presiden Persatuan Alumni PKB serta ketua-ketua Jabatan Jajahan Machang, Penggawa, Penghulu serta masyarakat setempat.