23 March 2024, Kok Lanas: PKB sekali lagi menyantuni komuniti Mahang west melalui program jom masak bubur lambuk anjuran KRT Mahang west dengan kerjasama Politeknik Kota Bharu.
 
Pengarah PKB Gs. Sr Haji Mohd Fikri Ismail, berkata melalui program kemasyarakatan ini bukan sahaja dapat menyediakan bubur lambuk kepada masyarakat setempat malah yang lebih penting ialah dapat merapatkan ukhwah sesama muslim khususnya penduduk taman dan KRT. "Saya berharap agar Program Ihya’ Ramadhan : Jom Masak Bubur Lambuk yang dilaksanakan pada bulan yang mulia dan penuh dengan
keberkatan ini dapat diteruskan dan dipergiatkan lagi pada masa-masa hadapan." Beliau berkata demikian semasa merasmikan program tersebut bertempat di KRT Mahang west. Turut hadir Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Kota Bharu. Haji Kasim Isop, Pengerusi KRT Mahang West, Azli Syam bin Awang, Pensyarah Politeknik Kota Bharu bersama lima orang pelajar. Sebanyak 600 pek bubur lambuk diagihkan masyarakat setempat.