Pada 27 Oktober 2024, Pengarah Politeknik Kota Bharu (PKB) , Dr Haji Mohd Daud bin Isa telah mengadakan sesi bersama Pensyarah utama PKB gred 54 dan 52 bertempat di Dewan Al - Ghazali melibatkan seramai 90 orang Pensyarah.
Tujuan utama sesi ini adalah untuk membawa halatuju PKB ke arah kecemerlangan yang merangkumi pensyarah dan juga pelajar. ' Kita perlu menerokai peluang-peluang yang ada dihadapan kita,' katanya.
Turut hadir Timbalan Pengarah (Akademik) Ir. Tuan Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit.