11 November 2024, Politeknik Kota Bharu : Pengarah Politeknik Kota Bharu, merangkap Komander RELASIS PKB ,YS. PPjKR(Bersekutu) Dr Haji Mohd Daud bin Isa, hari ini berbesar hati menerima kunjungan dari Pejabat Rela Negeri Kelantan. Pengarah RELA Negeri Kelantan, YS. PPjKR Tuan Amirul Ikhwan bin Ahmad Shukri bersama rombongan hadir dengan matlamat untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak ke arah memacu kecemerlangan Briged RELASIS Politeknik Kota Bharu dan Jabatan Sukarelawan Malaysia(RELA). Semoga melalui sesi engagement sebegini akan membuka peluang-peluang kolaborasi antara kedua-dua belah pihak bagi kebaikan bersama. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ir. Tuan Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah (Akademik) PKB, YS. PPjR (Bersekutu) Che Anuzi bin Yusoff, merangkap Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB, Tuan Haji Sazami bin Shafi'i, KJ JSKK, YS. PPjKR (Bersekutu) Pn. Muzimah Aida binti Md Mustafa, Ketua Kursus Kokurikulum 1 PKB merangkap Adjutan RELASIS PKB, En Mazlan bin Md Jusoh, Ketua Kursus Kokurikulum 2 PKB , Tengku Azmie bin Raja Hassan, Ketua Unit Cisec serta Pegawai Bersekutu RELA negeri Kelantan /RELASIS PKB.