14 November 2024, Politeknik Kota Bharu : Dalam usaha menjadikan IPT sebagai Zon Bebas Denggi, Politeknik Kota Bharu(PKB) melalui Jawatankuasa PKB Bebas Denggi 2024 dan Perwakilan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu telah mengadakan kempen kesedaran bertempat di Dewan Jubli Perak, PKB pada khamis lepas.
 
Antara pengisian program ialah ceramah dan pameran berkaitan penularan wabak denggi dalam kalangan pelajar serta penghuni kolej kediaman di PKB. Ceramah disampaikan oleh Pakar Perawatan Kesihatan Awam (Prawarta) Dr. Erwan Ershad Ahmad Khan. Para peserta terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan PKB, En. Shaipul Azmi bin Mohmad, pentadbir kolej kediaman, wakil konsesi kolej harmoni, pekerja kebersihan kolej kediaman, dan pelajar kolej kediaman PKB. En. Nor Helme bin Padeli selaku Pengerusi Jawatankuasa PKB Bebas Denggi 2024 menzahir rasa terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita sama-sama mencegah penularan wabak denggi terutamanya didalam kampus PKB.