28 Januari 2025 - Majlis Himpunan Setia, Amanat Tahun 2025, Penyampaian Watikah, Pingat Dan Reben Perkhidmatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan ini berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota. Ucapan amanat tahun 2025 telah disampaikan oleh Yang Amat Setia Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kelantan. Turut hadir bersama Dr. Hj Mohd Daud Bin Isa, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Mejar Dato Wan Azhar bin Wan Yusof, Penasihat Industri Jabatan Perdagangan / CEO A to Z Management, YM Mejar Raja Shamri bin Raja Husin, Pengasas Yaysan Raja Shamri, Mejar Bersekutu (PA) Hamzah bin Rosli, Pengurus Besar H Elite Design Hotel, Mejar Bersekutu (PA) Ts. Mazeree Bin Mohd Nawi B.S.K, Timbalan Komandan PISPA Politeknik Kota Bharu dan Mejar Bersekutu (PA) Ruzila binti Mat Ghani, Pegawai pentadbiran PISPA Politeknik Kota Bharu.
 
Antara penerima watikah pelantikan ialah PPj. Kehormat (PA) Prof. Dr. Huzili Bin Hussin, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Kol. Bersekutu (PA) Prof Dr. Shaiful Bahari Bin Ismail, Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Mohd Suki Bin Harun, Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat. Mantan Pengarah Politeknik Kota Bharu, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Gs. Sr Hj Mohd Fikri Bin Ismail dan Mej. Bersekutu (PA) Roslan Bin Yahya, penerima kategori Reben Dekad Platinum . Turut menerima Reben Dekad Platinum Kapt. Bersekutu (PA) Juwita Marhayu Binti Ibrahim dan Kapt. (PA) Mohd Sanusi Bin Deraman sebagai penerima Reben Dekad Platinum Dan Kecemerlangan Aktiviti Sukarelawan.
Tahniah dan Syabas kepada penerima watikah dan reben perkhidmatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Semoga anugerah dan penghargaan ini terus menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan profesionalisme.