4 FEBRUARI 2025 (Selasa) - PKB APONTEZ telah menerima Geran RM15,000.00 sekaligus mara ke Peringkat Akhir NxGV Challenge 2025 selepas berjaya dalam sesi pitching di mana hanya 10 pasukan sahaja yang terpilih.
Pengurusan dan warga PKB menzahirkan setinggi-tinggi tahniah buat pasukan PKB APONTEZ atas kejayaan melayakkan diri ke peringkat akhir NxGV Challenge 2025.
Pasukan PKB APONTEZ turut menerima geran berjumlah RM15,000.00 sebagai persediaan bagi peringkat akhir yang akan diadakan pada 8-12 Mei 2025 di MAEPS, Serdang.
Pasukan PKB APONTEZ diwakili Mohd.Zulkafli bin Mohamed, Dr. Norashady bin Mohd Noor, Wan Amiruddin bin Wan Mustapha, Azli Syam bin Awang, Ahmad Shamsul Wadi bin Ahmad @ Ahmad Sowi, Muzimah Aida binti Md Mustafa, Dr. Mohd Suhairi Bin Md Suhaimin dan Md Rusdi bin Mat Husin. Sama-sama kita mendoakan kejayaan PKB APONTEZ!