5 Februari 2025 - Seramai 30 orang calon telah bertanding merebut kerusi umum Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 2025. Pilihanraya kampus ini telah berlangsung di Dewan Jubli Perak PKB dan keputusan pilihanraya kampus telah diumumkan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Zainal Anuar Bin Bakri . Peratus keluar mengundi 81.53% seramai 1850 pelajar. Jabatan Perdagangan mencatatkan peratus tertinggi keluar mengundi iaitu 86.92% (877 pelajar) manakala 288 pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam dengan peratus terendah 74.61%.
Turut hadir bersama Penasihat JPP, En. Noor Hanan Bin Senin dan pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar. Tahniah kepada calon yang berjaya. Semoga kemenangan ini akan memberi manfaat kepada perwakilan dan institusi ke arah kecemerlangan.