5 Februari 2025, Politeknik Kota Bharu : PKB telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Disember 2024 - Januari 2025 pada hari ini bertempat di Dewan Al-Ghazali yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). Pelbagai intipati menarik dapat dilihat pada perhimpunan kali ini seperti tayangan PKB warna, tayangan Pencapaian PKB 2024, penyampaian Anugerah Kecemerlangan Staf dan penyampaian Geran Penyelidikan berjumlah RM196,550. Pengarah PKB, Dr. Haji Mohd Daud bin Isa telah mengambil peluang menyampaikan hasrat dan amanat beliau, menyempurnakan gimik Peluncuran KPI/Pelan Tindakan 2025 serta melancarkan slogan PKB yang baharu.
 
Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, dan barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan PKB. Semoga amanat dan pelan tindakan yang disampaikan menjadi panduan dalam merealisasikan visi dan misi PKB, selaras dengan slogan baharu, "PKB Melangkah Pasti Mencipta Juara," menuju kejayaan yang lebih gemilang pada tahun-tahun akan datang.
 
PKB Melangkah Pasti Mencipta Juara