18 Februari 2025 - Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Kakitangan Politeknik Kota Bharu (PKPKB) kali ke-17 telah diadakan di Dewan Al-Ghazali, Politeknik Kota Bharu. Mesyuarat ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob sebagai tanda sokongan kepada persatuan.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Presiden PKPKB, Tuan Haji Azani bin Mat Ali, diikuti dengan pembentangan keputusan jawatankuasa tertinggi, perbincangan usul serta cadangan daripada ahli. Majlis turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada ahli yang hadir.
Diharapkan PKPKB terus berkembang sebagai wadah kebersamaan dan kebajikan kakitangan Politeknik Kota Bharu. Semoga segala usul dan perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan demi manfaat bersama.