31 Ogos 2025 ll Ahad ll Putrajaya : Politeknik Kota Bharu mengucapkan syabas dan tahniah kepada RELASIS PKB yang terpilih sebagai salah satu unit beruniform RELASIS yang mewakili Politeknik Malaysia (Bahagian Kurikulum JPPKK) untuk Perbarisan Hari Kebangsaan bagi Kontinjen Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.
Kontinjen Perbarisan RELA Peringkat Kebangsaan 2025 yang turut dibarisi oleh RELASIS PKB telah mempamerkan aksi cemerlang dan kepelbagaian dalam menerokai revolusi RELA sendiri bersempena Perbarisan Hari Kebangsaan Tahun 2025 di Putrajaya.
Latihan berpusat yang bermula pada 20 Julai 2025 di Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM) Sungai Udang, Melaka telah melengkapkan kontinjen dengan pakej latihan yang lengkap bagi menampilkan Persembahan Perbarisan yang mantap.
10 orang pelajar RELASIS PKB di bawah bimbingan Adjutan RELASIS PKB PgR (Bersekutu) Muzimah Aida binti Md Mustafa antara yang teramai di kalangan RELASIS Politeknik Malaysia berjaya menunjukkan penampilan disiplin dengan komitmen yang jitu kepada Politeknik Malaysia dan juga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Malaysia. Tahniah teruskan kecemerlangan.
Terima kasih kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Bahagian Kurikulum JPPKK, Sekretariat RELASIS Politeknik Malaysia dan Pengurusan Politeknik Kota Bharu serta Pengurusan RELASIS Politeknik Kota Bharu di atas segala sokongan dan komitmen serta penghargaan bagi penglibatan RELASIS PKB khususnya.