7 September 2025 - Telah berlangsung Kunjungan Hormat daripada Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia Cawangan Pantai Timur (RISM) yang diketuai oleh Pengerusinya, Sr Nin Evana Syuhaini Binti Mohamed ke Politeknik Kota Bharu (PKB).
Rombongan telah disambut oleh YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah PKB, bersama barisan pengurusan kanan iaitu Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, serta En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Pertemuan ini menjadi wadah mengukuhkan hubungan strategik antara industri dan institusi pendidikan, sekali gus membuka peluang kolaborasi yang bermanfaat untuk pembangunan TVET dan bidang ukur tanah.