6 Oktober 2025-Telah berlangsungnya Program Commerce Vibes 3C: Courages, Challenges & Careers bertempat di Dewan Al-Ghazali, Dewan Jubli Perak & Pusat Pelajar. Program ini melibatkan semua pelajar jabatan Perdagangan iaitu Diploma Pengajian Perniagaan (DPM), Diploma Pemasaran (DPR), Diploma Akauntansi (DAT)/Diploma Perakaunan (DAC) dan Diploma Insurans (DIN). Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pihak industri dan alumni melalui pelbagai aktiviti ilmiah yang akan dilaksanakan sepanjang program ini. Melalui penganjuran program Commerce Vibes 3C: Courages, Challenges & Careers, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan teori dalam bentuk praktikal, memperkukuh kemahiran insaniah seperti kominikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan serta membina keyakinan diri. Program ini juga menyokong misi Politeknik Kota Bharu iaitu untuk memperkasa TVET dalam melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan inovatif bagi memenuhi kehendak industri.
Tujuan utama program adalah untuk:
1.Memberi pendedahan kepada pelajar tentang persediaan menempuh alam belajar dan selepas menamatkan zaman belajar bersama alumni Jabatan Perdagangan.
2.Memberi kefahaman kepada pelajar tentang proses pembangunan dan reka bentuk produk berinovasi.
3.Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif, kritikal dan analitikal dalam pembangunan produk dan kepimpinan.
4.Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan bidang perakaunan dalam dunia perniagaan dan kerjaya professional.
5.Memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep asas, jenis-jenis insurans dan fungsi industri insurans di Malaysia.
6.Menggalakkan interaksi pelajar dengan pihak industri seperti syarikat insurans, wakil takaful dan industri berkaitan bidang pengajian.