7 Oktober 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat CEO@PolyCC dan Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kota Bharu (PKB) Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldun. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr VMr Dr Mohd Mazlan bin Hj Che Mat, Pengerusi Eksekutif MCM Associates Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri PKB.
Mesyuarat ini memberi fokus kepada pembentangan Program Educational Objectives (PEO) oleh Ketua Program, perbincangan berkaitan kebolehpasaran graduan seiring perkembangan teknologi AI, selain membincangkan strategi penambahbaikan program pengajian agar terus relevan dengan keperluan industri semasa.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu, barisan pengurusan PKB serta penasihat-penasihat industri, antaranya:
1. Tuan Haji Wan Izani bin Wan Isa, Timbalan Pengarah Negeri PERKESO
2. Puan Erny Sabrina binti Mohd Noor, Pengarah MARDI Negeri Kelantan
3. Ir. Nik Ab Hadi bin Hassan, Jurutera Perunding Nusa Sekutu Sdn. Bhd.
4. Ts. Wan Ahmad bin Wan Mohd Jamil, Pengurus CNCKB Industry
5. Ts. Surveyor Azhar bin Yusof, Ketua Operasi Vertex Central Industries Sdn. Bhd.
6. Pn. Qurratu Izzati binti Mohd Nawawi, Wakil dari Ventech Consult
7. En. Mohammad Syukri bin Mohammad Noor, Wakil dari Nik Auto Key Sdn. Bhd.
Kehadiran penasihat-penasihat industri ini memperlihatkan komitmen bersama dalam memperkukuh jalinan kerjasama antara institusi TVET dan pihak industri demi melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.