8 Oktober 2025 - Telah berlangsungnya Program TECHCARE NUSANTARA: POLYCC Skill TVET Exchange & Engineering For Society di Universiti Ibnu Sina, Batam, Indonesia telah membuka lembaran baharu dalam pengantarabangsaan pendidikan TVET.
Ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB. Program ini turut disertai oleh pelajar Politeknik Kota Bharu yang diwakili oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bersama pensyarah pengiring dengan pelbagai agenda bermakna seperti:
 
🔌 CSR Elektrikal & Motosikal – khidmat bakti pelajar untuk komuniti setempat.
🤝 Diskusi Pemimpin Pelajar – kolaborasi JPP PKB bersama Universitas Ibnu Sina & STAI Ibnu Sina.
🌐 Transfer Knowledge System IoT – perkongsian ilmu berteraskan teknologi masa hadapan.
Program ini bukan sahaja memperkasakan kemahiran teknikal, malah menekankan aspek kepimpinan, sahsiah, profesionalisme dan keprihatinan sosial dalam kalangan pelajar. Ia sekali gus menyokong aspirasi globalisasi TVET melalui jaringan strategik dengan institusi luar negara.
Melalui pendekatan holistik ini, pelajar didedahkan kepada nilai tambah antarabangsa, membina jati diri, serta bersedia menghadapi cabaran pasaran kerja global.