Kunjungan Hormat Unit Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA)
- Butiran
- Jumlah paparan: 1796
10 Disember 2014 (Rabu) - Bagi menjalinkan hubungan baik dan semangat kerjasama dengan ‘Smart Partner Ship’ telah diadakan Kunjungan Hormat Pasukan Institusi Pertahanan Awam ,Unit Kokurikulum Politeknik Kota Bharu ke Pejabat Pertahanan Awam di Wisma Persekutuan Negeri Kelantan sempena pelantikan Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan pegawai bersekutu Politeknik Kota Bharu kepada Pengarah dan Pegawai JPAM Negeri Kelantan serta perbincangan Hala Tuju bagi memperkasa Pasukan Institusi Pertahanan Awam. Yang Amat Setia Mejar Bersekutu (PA) Hj. Azahan Bin Hj. Daud yang merangkap Komandan PISPA pada sesi perbincangan tersebut menitik beratkan berkaitan isu latihan, logistik, akademik serta pengurusan yang di mana merupakan faktor
penting dalam misi memperkasa PISPA.
Yang Setia Lt. Kol. (PA) Zainuddin Bin Hussin juga turut menyatakan akan memberi komitmen dan sokongan kepada PISPA, PKB bagi mencapai misi dan visi yang telah digariskan.
Turut hadir, Mejar Bersekutu (PA) Mazaree Bin Ahmad Nawi, Penasihat Kehormat PISPA, Kapten Bersekutu (PA) Mohd Hisham Bin Makhtar, Timbalan Komandan PISPA, Kapten Bersekutu (PA) Ruzila Binti Mat Ghani, Pegawai Akademik PISPA, Kapten Bersekutu (PA) Nik Nur Fathiha Binti Nik Din, Pegawai Pentadbiran PISPA, Kapten Bersekutu (PA) Zeham Bin Mustapha, Pegawai Logistik PISPA dan Kapten Bersekutu (PA) Tiew Jim Mi Pegawai Latihan PISPA.