11 November 2025 - Telah berlangsung dengan jayanya Program BIM Excellence Design & Built Competition (BIMEX 2025) anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Bharu. Program ini menjadi platform utama dalam menghimpunkan kreativiti dan kepakaran pelajar dalam bidang Building Information Modelling (BIM), sejajar dengan keperluan industri pembinaan digital masa kini.
BIMEX 2025 menampilkan penyertaan pelajar yang mempersembahkan hasil rekaan dan model pembinaan berasaskan teknologi BIM yang inovatif dan berdaya saing. Program ini bukan sahaja menguji kemahiran teknikal, malah menggalakkan kolaborasi dan pemikiran kreatif dalam pengurusan projek berasaskan digital.
Turut hadir memberikan penilaian dan pandangan profesional ialah barisan panel juri industri ialah En. Hasniro bin Hasbullah, Penasihat Kehormat, dari Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM), Ir. Ts. Mohd Ilham bin Omar,Jurutera Awam, dari Bahagian Rekabentuk JKR Negeri Kelantan dan Ir. Amran bin Mohd dari Perunding Propadu.
Kehadiran para panel ini telah memberikan nilai tambah yang signifikan melalui perkongsian pengalaman serta penilaian konstruktif terhadap hasil kerja pelajar.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang BIMEX 2025 atas usaha, kreativiti dan komitmen tinggi yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasa keupayaan pelajar TVET dalam dunia pembinaan digital yang semakin mencabar.