2 Disember 2025 - PISPA Politeknik Kota Bharu (PKB) terus komited dalam usaha kemanusiaan apabila turut serta dalam Misi Bantuan Mangsa Banjir Rantau Panjang. Misi ini dilaksanakan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan, APM Unit Rantau Panjang serta sokongan sumbangan daripada CDA 10 Sanggar Suri.
Mewakili CDA 10 Sanggar Suri ialah Kapt. (PA) Nozlyhairani Suhana binti Mohamed, manakala pasukan PISPA diketuai oleh Mejar Bersekutu (PA) Ts. Mazeree bin Mohd Nawi, yang turut mewakili CDA 10 Human Serve POKB.
Turut hadir dalam misi ini ialah
• Kapt. (PA) Md Fadir bin Md Nor, Ketua Cawangan Bencana Operasi APM Negeri Kelantan
• Lt. (PA) Mohd Rahimie bin Mat Lazim, Pegawai Pertahanan Awam Unit Rantau Panjang
Rombongan misi telah turun padang menyantuni penduduk di Kampung Lanchang dan Kampung Bendang Perol, dengan mengagihkan bantuan bakul makanan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir.
Usaha ini diharap dapat meringankan beban mangsa, selain memperkukuh nilai keprihatinan dan kesukarelawan dalam kalangan warga PKB.