National Conference Of Mechanical Engineering (NCME’15)
- Butiran
- Jumlah paparan: 1481
30 September 2015 - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu bersama dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu dan Politeknik Muazam Shah, Pahang telah berjaya menganjurkan National Conference of Mechanical Engineering (NCME’15). NCME’15 telahberlangsung di Politeknik Kota Bharu, antara 29 dan 30 September 2015.Tempat pembentangan melibatkan Dewan An-Nafis, Dewan Al- Zahrawi, Dewan Al- Biruni dan Bilik Ibnu Sina. Peserta persidangan ini terdiri daripada 61 orang pensyarah, iaitu terdiri Dari pensyarah dari Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu, Politeknik Kota Kinabalu Sabah, Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik Seberang Prai Pulau Pinang, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah, Politeknik Sultan Azlan Shah Perak, Politeknik Muazam Shah Pahang, Kolej Komuniti Selayang Selangor, Kolej Komuniti Seberang Jaya Pulau Pinang dan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
NCME’15 menyediakan ruang dan peluang kepada warga politeknik dan kolej komuniti untuk berkongsi cadangan, penemuan baru dan inovasi mereka untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi supaya ianya dapat direalisasikan dan disumbangkan kepada pembangunan akademik, sosial dan ekonomi negara. Penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan ini merupakan salah satu usaha bagi menyokong agenda utama kerajaan melalui pelbagai pendekatan baru yang dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu mencari rumusan kreatif dan tidak lagi berfikir secara konvensional bagi menyelesaikan masalah selari dengan objektif Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau juga dikenali sebagai National Blue Ocean Strategy (NBOS).