Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi Bencana Banjir 2015
- Butiran
- Jumlah paparan: 1020
5 Oktober 2015 - Seperti mana kita semua sedia maklum, beberapa lokasi dalam negara telah dilanda banjir besar pada Disember 2014. Pengalaman tersebut menuntut pelbagai pihak mencari penyelesaian pelbagai aspek termasuklah dari sekecil-kecil perkara. Melihat kesusahan mangsa banjir, Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Institut Jurutera Malaysia Cawangan Kelantan telah bersepakat untuk menganjurkan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Bencana Banjir 2015 ini.
Pertandingan ini bertujuan mengetengahkan idea-idea ringkas dan mudah dari kalangan pelajar dalam situasi sukar ketika banjir dengan segala kemudahan dan peralatan yang terhad. Diharap hasil idea mudah dan ringkas ini akan dapat menyelesaikan beberapa masalah dan diguna pakai ketika berlakunya banjir dan ianya dapat membantu secara efektif para penyelamat, mangsa-mangsa banjir dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan fenomena alam ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Melalui pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Bencana Banjir 2015 juga sebagai salah satu platform awal kolaborasi PKB bersama IEM (The Institution of Engineers, Malaysia).
Pertandingan telah berlangsung dari 29 September hingga 1 Oktober 2015 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu. Sebanyak 30 penyertaan telah diterima dengan jumlah pelajar yang mengambil bahagian seramai 175 orang selain pensyarah pengiring. Penyertaan adalah dari Kolej Profesional MARA Bandar Penawar Johor, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, Politeknik Pagoh, Johor, Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang, Politeknik Sultan Salahuddin Adbul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Politeknik Jeli, Kelantan, Kolej Kemahiran Tinggi Pasir Mas, Kelantan, dan Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Pada masa yang sama juga terdapat pameran dari beberapa agensi seperti KADA, BOMBA, dan JPAM turut serta bagi memeriahkan majlis.
Hasil penilaian penal juri, mereka telah memutuskan penganugerahan kepada hasil reka cipta dan inovasi seperti mana berikut:
Bil |
KOD |
Tajuk |
Keputusan |
1 |
RCI 10 |
KHEMAH KECEMASAN BAGI BENCANA ALAM |
GOLD |
2 |
RCI 19 |
STRAW FILTER |
GOLD |
3 |
RCI 23 |
REKABENTUK PROTOTAIP SISTEM PENGGERA AMARAN BANJIR |
GOLD |
4 |
RCI 27 |
MEJA TERAPUNG |
GOLD |
5 |
RCI 01 |
MULTI-GAGE |
SILVER |
6 |
RCI 02 |
SALVADO |
SILVER |
7 |
RCI 05 |
SMART FLOOD SIGNAGE |
SILVER |
8 |
RCI 06 |
FLOATING HOUSE |
SILVER |
9 |
RCI 09 |
PENAPISAN AIR GIG |
SILVER |
10 |
RCI 18 |
PENAPIS AIR BANJIR UNTUK KEGUNAAN HARIAN |
SILVER |
11 |
RCI 25 |
EMERGENCY POWER KIT |
SILVER |
12 |
RCI 26 |
RUMAH ANTI BANJIR |
SILVER |
13 |
RCI 03 |
FLOOD BARRIER FOR TOILET BOWL |
BRONZE |
14 |
RCI 04 |
PORTABLE POWER SOURCE |
BRONZE |
15 |
RCI 07 |
SUPER FLEXI BISLOTTI |
BRONZE |
16 |
RCI 08 |
FLOOD STOP BARRIER |
BRONZE |
17 |
RCI 15 |
FLOOD WARNING DETECTOR (FWD) |
BRONZE |
18 |
RCI 16 |
SMART SOLAR SYSTEM (3S) |
BRONZE |
19 |
RCI 17 |
ADJUSTABLE FLOOD SHIELD |
BRONZE |
20 |
RCI 21 |
TENT |
BRONZE |
21 |
RCI 22 |
MULTIFUNCTION ROOM |
BRONZE |
22 |
RCI 24 |
Perabot Terapung Ans-FF |
BRONZE |
23 |
RCI 29 |
SMART WATER LEVEL SYSTEM USING ARDUINO MICROCONTROLLER |
BRONZE |
24 |
RCI 30 |
Kajian Penggunaan serabut kaca gentian untuk Perabut kalis air |
BRONZE |
25 |
RCI 11 |
AUTOMATIC HAND WASHER WITH DRINKING WATER MACHINE |
SAGUHATI |
26 |
RCI 12 |
Keli Salai (SMOCAT) |
SAGUHATI |
27 |
RCI 13 |
PES MAKANAN SEGERA, ’SALTED TUMERIC PASTE’ |
SAGUHATI |
28 |
RCI 14 |
PJK Easy 1 Dish |
SAGUHATI |
29 |
RCI 20 |
PERANGKAP SAMPAH DOMESTIK |
SAGUHATI |
30 |
RCI 28 |
KERTAS SABUN PENCUCI MUKA ANTI BAKTERIA (ANTIBACTERIAL PAPER SOAP) |
SAGUHATI |
Dari keseluruhan penyertaan, pihak juri telah memilih tiga hasil Reka Cipta dan Inovasi terbaik untuk memenangi hadiah utama. Pemenang adalah:
Johan : STRAW FILTER dari Politeknik Kota Bharu - Pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00, plak serta sijil penghargaan.
Naib Johan : KHEMAH KECEMASAN BAGI BENCANA ALAM dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor - Pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM800.00, plak serta sijil penghargaan.
Tempat Ketiga : REKABENTUK PROTOTAIP SISTEM PENGGERA AMARAN BANJIR dari Politeknik Kota Bharu - Pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM600.00, plak serta sijil penghargaan.
Urus setia
Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Bencana Banjir 2015
Politeknik Kota Bharu
Kelantan.