26-28 JULAI 2024 : KELANASISWA PKB
Telah diadakan penilaian anugerah Baden Powell Award (BP-Award) yang berlangsung di Universiti Tun Hussin 'Onn Malaysia (UTHM) pada 26-28 Julai 2024 kepada 6 Calon anugerah tersebut. Seramai 20 ahli kelanasiswa yang menghadiri penilaian anugerah ini yang terdiri daripada Kelanasiswa Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Politeknik Port Dickson & Politeknik Kota Bharu
Anugerah BP-Award merupakan anugerah tertinggi pada peringkat pengakap kelana.
Setiap mereka yang dihantar untuk menjadi calon mestilah memenuhi beberapa syarat wajib iaitu lencana asas dalam berkepengakapan yang terdiri daripada lencana keahlian, kemahiran, perkhidmatan, pengembaraan dan lencana kepimpinan (pilihan).
Sudahpasti untuk menyiapkan setiap daripada lencana ini mengambil masa agak panjang dan akan melalui pelbagai cabaran dalam memastikan semua proses berjalan dengan lancarnya.
9 penilaian perlu dihadapi oleh para calon dan badan penilai Anugerah Baden Powell Award akan menentukan calon yang lulus dan seterusnya melayakkan mereka menerima Anugerah Baden-Powell Award. Para peserta yang lulus juga akan menerima apolet dan rambu BP Award yang penuh prestij sebagai tanda kejayaan.
Tahniah & Syabas kepada 6 calon Kelanasiswa Malaysia Politeknik Kota Bharu diatas kejayaan yang sangat membanggakan tersebut.