28 JULAI 2024 : KELANASISWA PKB  
Puan Mariati Binti Ahmad selaku Pesuruhjaya dan Puan Anisah Binti Jawawi selaku Penolong Pesuruhjaya Daerah Kelanasiswa Malaysia Politeknik Kota Bharu telah dianugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara. Penganugerahan ini telahpun diadakan Di Universiti Tun Hussin 'Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja Batu Pahat. Penganugerahan sijil ketua pengakap negara ini adalah diatas kecemerlangan yang telah berjaya dihasilkan sepanjang memegang jawatan tersebut.  Sekali lagi ucapan Tahniah & Syabas Diucapkan kepada Puan Mariati Binti Ahmad dan Puan Anisah Binti Jawawi. Semoga terus membangunkan Kelanasiswa Politeknik Kota Bharu yang lebih gemilang.