29 Julai 2024-Bersempena dengan Minggu Transformasi Siswa (MTS) Pelajar Baharu Semester 1 Sesi I 2024/2025, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Kota Bharu (JSKK, PKB) turut dijemput untuk mengadakan perkongsian berkaitan JSKK pada pagi ini selama 2 jam bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di Dewan Jubli Perak, PKB. Taklimat ini telah dihadiri oleh semua staf, pegawai dan penyelaras JSKK serta turut dimeriahkan dengan kehadiran secara sukarela oleh pelajar senior Unit Beruniform seperti RELASIS dan PISPA sebagai promosi dan tanda sokongan Unit Beruniform terhadap JSKK. Slot ini dimulai dengan aktiviti permainan dan senaman ringan bersesuaian dengan imej JSKK. Platform ini telah memberi ruang dan peluang untuk Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Kota Bharu (KJSKK), YBrs. Haji Sazami bin Shafi'i (A.S.K) memperkenalkan JSKK kepada pelajar baharu sekaligus berkongsi peranan, fungsi, aktiviti, pencapaian dan fasiliti sukan, rekreasi dan riadah yang diuruskan oleh pihak JSKK. Selain itu, matlamat taklimat ini adalah bagi menguruskan kaedah Pendaftaran Kursus Kokurikulum MPU U4 berkredit kepada para pelajar semester 1, yang mana dikendalikan oleh Ketua Kursus Kokurikulum PKB, PgR (Bersekutu) Muzimah Aida binti Md Mustafa. Perkongsian berkaitan pengurusan Majlis Sukan Politeknik (MSP), pelaksanaan saluran komunikasi digital bagi kumpulan pelajar kursus Kokurikulum dan pencarian maklumat Kokurikulum pelajar sewaktu di alam persekolahan turut dilaksanakan. Secara keseluruhannya, taklimat ini telah berjaya memperkenalkan JSKK, membuat pendaftaran kursus Kokurikulum dengan jayanya dan meletakkan pelajar dalam satu 'mindset' terhadap JSKK iaitu sebagai hub platform pelajar dalam 'sport nation' bagi membudayakan kehidupan pelajar yang sentiasa aktif dan sihat minda dan fizikal serta seimbang dari segi akademik dan Kokurikulum. Ayuh, kita aktif bersama! PKB BISO!!!