Tunjung, Kota Bharu - 12 Ogos 2024 : Pengarah Politeknik Kota Bharu, Gs. Sr Tuan Haji Mohd Fikri Bin Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dihormati (Penolong Pesuruhjaya Bomba) PPJB Jainal@ Zainal bin Madasin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.
Antara lain tujuan kunjungan hormat ini ialah sebagai Pertemuan awal antara dua agensi disamping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Sokongan akademik) Che Anuzi Bin Yusoff, Tengku Azmie bin Raja Hassan, Ketua Unit CISEC dan En. Azmee Bin Mohamed Noor, Ketua Unit Komunikasi Korporat.