31 Julai 2024 (Rabu) - Sebelum pengkuliahan sesi baru bermula, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Kota Bharu (JSKK PKB) telah mengambil inisiatif untuk terapi minda dan fizikal dengan menganjurkan Bengkel Kecergasan Sukan Futsal yang julung kali diadakan di PKB.
YBrs. Tn. Hj. Sazami bin Shafi'i (A.S.K) selaku Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKB amat berbesar hati dengan penyertaan yang menggalakkan daripada staf PKB dan mengharapkan penganjuran aktiviti sebegini dapat memberi satu suntikan semangat untuk mengamalkan dan mempergiatkan lagi gaya hidup sihat kepada warga PKB selain sekaligus memenuhi kursus dalam perkhidmatan (KUDAP).
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Jurulatih Futsal PKB En. Md Arif Bin Ab. Aziz selaku pengajar dengan sokongan urusetia KUDAP. Mini perlawanan turut diadakan sebagai tugasan praktikal KUDAP kepada semua peserta. Keseluruhannya, semua peserta KUDAP mengharapkan agar bengkel sukan ini dapat diteruskan di masa akan datang dengan variasi platform yang sekaligus dapat mencungkil bakat staf PKB.