31 JULAI 2024, Pekan Kok Lanas : Pengarah Politeknik Kota Bharu, Gs. Sr Haji Mohd Fikri Ismail telah menyantuni bakal pelajar PKB, saudara Wan Ali Abi Thalib bin Wan Mohamed di kediamannya di Lot 1217 Jalan Belakang sekolah Kebangsaan Kok Lanas. Beliau menyerahkan surat tawaran kepada pelajar berkenaan yang akan melanjutkan pengajian di Politeknik Kota Bharu dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Eletrik bagi sesi 2024/2025.
 
Pelajar ini mendapat perhatian daripada YB Datuk Sri Alwi Che Ahmad, Pengerusi Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh bagi membiayai yuran pendaftaran dan juga kos sara hidup sehingga beliau mendapat PTPTN. YB Datuk Sri Alwi diwakili oleh En Mohd Fakirul Aswadi. Selain daripada itu pelajar ini juga mendapat sumbangan daripada Presiden Alumni PKB, En Mohd Hisham Makhtar. Untuk rekod Pelajar ini juga merupakan seorang Hafiz Al-Quran. Turut hadir, Zainal Anuar bin Bakri, Ketua Jabatan HaL Ehwal Pelajar PKB.