06 November 2024, Politeknik Kota Bharu : Seramai 128 orang pelajar Politeknik Kota Bharu(PKB) hari ini masing- masing menerima wang ihsan Pendidikan Tinggi sebanyak lapan ratus ringgit (RM 800.00) dalam bentuk sijil simpanan premium daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan dibawah Program Wang Ihsan Pendidikan Tinggi.
 
Majlis Penyerahan telah disempurnakan oleh Puan Norma binti Ya'Cub Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan mewakili Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan , bertempat di Dewan Jubli Perak, PKB. Untuk rekod Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 102,400.00 bagi Pelajar PKB di bawah program ini. Objektif utama agihan ini ialah meningkat taraf pendidikan keluarga miskin tegar.
 
Sementara itu, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr Mohd Daud bin Isa, dalam ucapan aluannya menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Pejabat pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan atas kesudian menghulurkan bantuan wang ihsan Pendidikan Tinggi kepada Pelajar-Pelajar PKB yang terpilih. Semoga pemberian ini dapat meringan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Puan Siti Noorkaiyisah binti Zulkifly, Penolong Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan, Puan Nur Aliaa binti Mat Jusoh, Penolong Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan, Encik Zainal Anuar bin Bakri, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ketua-ketua Jabatan dan ketua-ketua unit.