09 November 2024, Besut, Terengganu : Bengkel hala tuju dan kecemerlangan PKB 2025 telah diadakan pada 09 hingga 10 November 2024 di Kem Damai, Besut Terengganu. Objektif utama bengkel ini ialah untuk membawa halatuju PKB selari dengan tranformasi Politeknik 2.0 (2025-2035). Bengkel ini telah dihadiri seramai 60 Pegawai terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan, Ketua- ketua unit dan pensyarah utama gred 52 dan 54. Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr Mohd Daud bin Isa telah mengkoordinasikan bengkel hala tuju ini bagi menyampaikan visi dan misi serta aspirasi Pengarah untuk membawa PKB ke arah kecemerlangan menjelang 2025. Turut hadir bengkel Hala tuju dan kecemerlangan PKB 2025 anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) ini ialah Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Che Anuzi bin Yusoff.