6 November 2024, Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung RiCE 2024 Sesi 1:2024/2025 iaitu satu pertandingan bagi mengasah bakat serta kemahiran kreatif pelajar Semester 5 Jabatan Perdagangan dalam penghasilan inovasi produk dan penulisan kertas penyelidikan.
Antara objektif utama RiCE 2024 Sesi 1: 2024/2025 adalah untuk meningkatkan penghasilan inovasi produk oleh pelajar dan mewujudkan budaya penyelidikan melalui kajian penyelidikan, memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada pelajar dalam meningkatkan daya kreativiti dan inovasi melalui penghasilan sesuatu yang baharu dan dapat memberikan sumbangan kepada pengguna serta merupakan platform untuk jabatan mengenalpasti produk inovasi yang boleh dikomersialkan pada masa yang akan datang.
Program ini telah melibatkan seramai 159 orang pelajar Semester 5 daripada program Diploma Pemasaran, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Insurans beserta penyelia kumpulan masing-masing yang mengambil kursus DPB50163 Business Project dan DPM50113 Marketing Plan serta ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar. Program ini berlangsung di Pusat Kegiatan Pelajar bagi pertandingan inovasi dan bilik kuliah Blok D01 dan D02 bagi pembentangan kertas penyelidikan.
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Che Anuzi bin Yusoff telah sudi meluangkan masa meninjau pameran produk inovasi pelajar yang telah diadakan. Turut hadir adalah Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Juli Suzlin binti Mohd Jalaludin
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan akan diumumkan pada majlis makan malam pelajar semester akhir yang bakal diadakan pada 12 November 2024.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa program serta pelajar yang telah menjayakan program ini dengan baik. Semoga Jabatan Perdagangan terus maju ke hadapan dalam penghasilan produk inovasi dan kertas penyelidikan yang bermutu di masa akan datang.