8 Februari 2025 - Program Kem Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Bharu 2025 telah berjaya dilaksanakan di PCB Beach Resort pada 6 hingga 8 Februari 2025. Pengarah program bagi kem ini ialah En. Noor Hanan Bin Senin dan dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Kota Bharu, Dr. Haji Mohd Daud Bin Isa. Kem ini melibatkan 33 orang ahli jawatankuasa perwakilan pelajar yang telah dibimbing oleh 5 orang fasilitator dan urusetia pelajar. Ketua Fasilitator, Encik Nik Ahmad Rizal bin Wan Ismail bersama pasukan fasilitator, telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan untuk memupuk kepimpinan yang hebat dan berdedikasi dalam kalangan pelajar. Program ini bertujuan untuk melatih pelajar sebagai pemimpin yang beramanah dan berintegriti dalam menjalankan tugas.
Turut hadir Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En Zainal Anuar bin Bakri.