5 Oktober 2025 - Majlis Pelantikan Pegawai Baharu Politeknik Kota Bharu (PKB) telah berlangsung di Bilik Ibnu Khaldun dan disempurnakan oleh YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah PKB.
Tahniah diucapkan kepada pegawai yang telah dilantik:
• Pn. Sabaratun Azila binti Uda Abu Bakar – Ketua Kursus Komputer
• Pn. Nur Amalina binti Mohd Nazri – Ketua Kursus Matematik
• Pn. Nor Azmah binti Md Nor – Pegawai Perhubungan Latihan & Industri
• Pn. Rosmaria binti Ariffin – Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
• En. Mohd Nazri bin Ibrahim – Pegawai Peperiksaan
• En. Mohd Azri bin Abdul Ghani – Pegawai Sukarelawan
• En. Mohd Zahari bin Yusoff – Ketua Jabatan Pengajian Am
• En. Mohd Amin bin Abdul Majid – Ketua Unit Pembangunan & Senggaraan
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB serta Ketua-ketua Jabatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada mantan-mantan pegawai atas segala jasa, sumbangan, dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang menjalankan tugas.
Sejurus selepas majlis, telah berlangsung Nota Serahan Tugas daripada En. Nik Ahmad Nazuli bin Nik Yahya, mantan Ketua Unit Pembangunan & Senggaraan, kepada En. Mohd Amin bin Abdul Majid, Ketua Unit Pembangunan & Senggaraan yang baharu, disaksikan sendiri oleh Tuan Pengarah PKB.
Semoga dengan pelantikan ini, barisan kepimpinan baharu dapat terus menggalas amanah dengan penuh dedikasi serta menyumbang kepada kecemerlangan Politeknik Kota Bharu.