9 Oktober 2025 - Majlis Perasmian dan Tandatangan Kolaborasi serta Malam Pertukaran Budaya yang berlangsung bersama Politeknik Kota Bharu, Universitas Ibnu Sina, dan Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Ibnu Sina Batam telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu , diikuti ucapan YBrs. Assoc. Prof. Dr. H. Muhammad Juni Beddu, Lc., M.A, Ketua Sekolah
Tinggi Agama Islam Ibnu Sina (STAI) serta YBrs. Assoc. Prof. Dr. Ir. Larisang, MT, IPU, Rektor Universitas Ibnu Sina.
Kemuncak acara adalah majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) antara ketiga-tiga institusi sebagai simbolik permulaan kolaborasi strategik dalam bidang akademik, penyelidikan dan pertukaran budaya.
Acara diteruskan dengan Malam Pertukaran Budaya, yang menyerlahkan keunikan seni, tradisi dan budaya antara Malaysia dan Indonesia. Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan institusi, malah mengukuhkan ukhuwah antara dua negara serumpun.