9 Oktober 2025 - Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Zulkafli bin Mohamed, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu (PKB) atas pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Ikon Kokurikulum sempena Majlis Anugerah Akademia POLYCC 2025 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK, yang kini menanggung kerja Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Sebanyak 12 kategori anugerah disampaikan, antaranya Ikon Sukarelawan, Mentor Keusahawanan, PdP, Penyelidikan & Inovasi, Penerbitan, PSH, Ikon Kolaborasi, Pensyarah Harapan, Pensyarah Cemerlang dan Anugerah Ketua Pengarah.
Tema tahun ini, “Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pendidikan Tinggi”, mencerminkan usaha POLYCC untuk melahirkan generasi pendidik dan pelajar yang lebih inovatif, kreatif, dan relevan dengan cabaran global.
Syabas kepada semua penerima anugerah atas pencapaian cemerlang yang menjadi inspirasi kepada warga pendidikan tinggi negara.