13 Oktober 2025 (Isnin) - 13 pelajar dan 5 Pegawai Bersekutu RELASIS PKB telah terpilih menyertai Ujian Kemahiran Menembak RELA Peringkat Negeri Kelantan (UKMR Negeri Kelantan) Tahun 2025 di Lapang Sasar PDRM Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.
YBrs. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKB (TPSA PKB), PPjR (Bersekutu) Abdullah@Mat Yusof bin Yaacob juga selaku Timbalan Komander RELASIS PKB telah beraksi cemerlang dengan menghadiahkan pungutan skor tertinggi sekaligus dinobatkan Juara Menembak Kategori Jemputan. Turut serta adalah para Pegawai Bersekutu RELASIS PKB, iaitu PgR (Bersekutu) Muzimah Aida binti Md Mustafa (Adjutan RELASIS PKB), PgR (Bersekutu)Haji Md Fadzil bin Hasbollah (Pegawai Latihan RELASIS PKB), PgR(Bersekutu) Mohd Sabri bin Hussin (Pegawai Latihan RELASIS PKB) dan PgR (Bersekutu) Hanisah binti Yusof (Pegawai Logistik RELASIS PKB).
UKMR kali ini menghimpunkan lebih 100 penembak daripada anggota relawan dan relawati pelbagai daerah di negeri Kelantan. Turut terlibat adalah relasiswa dan relasiswi RELASIS Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Jeli Kelantan.
Terima kasih kepada pihak RELA Kelantan di atas penganjuran ini sekaligus membantu RELASIS memenuhi silibus pengurusan senjata api RELA yang terkandung dalam Kursus Kokurikulum MPU U4 RELASIS 2.