14 Oktober 2025 – Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Hala Tuju Baharu (KIKHB) Politeknik Kota Bharu telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar 2, ULPL PKB. Pertandingan anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK) ini menghimpunkan 32 orang peserta daripada jabatan induk dan sokongan.
 
Sebanyak 6 kumpulan telah mempersembahkan idea inovatif masing-masing:
1️⃣ JKA - Smart Carry Install Door (CID)
2️⃣ JKE - Quick Function Generators
3️⃣ JKM - Next Gen Portable CNC Router
4️⃣ JP - e-xTVT (Sijil Digital)
5️⃣ JMSK - Digitalisasi Jurnal STEM dan Pendidikan Era IR4.0
6️⃣ JPA - Fuel for Tomorrow
Penganjuran pertandingan ini bertujuan memberi pendedahan awal dan persiapan rapi kepada warga PKB dalam menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan kelak.
 
Turut hadir sebagai panel juri jemputan ialah:
• En. Chung Boon Chuan (Politeknik Jeli Kelantan)
• Ts. Dr. Mohd Azian bin Husin @ Che Hamat (Kolej Komuniti Pasir Mas)
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, diiringi oleh En. Saupi bin Mohamed Noor, Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan idea bernas yang dipersembahkan. Semoga semangat inovasi ini terus subur dalam kalangan warga PKB ke arah memperkasakan budaya penyelidikan dan kreativiti.